EDU 3105 (Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran)
  • HOME
  • BIODATA
  • INTERAKSI
    • TAJUK 1 : KONSEP TEKNOLOGI PENDIDIKAN
    • TAJUK 2 : REKA BENTUK PENGAJARAN
    • TAJUK 3 : MEDIA PENGAJARAN
    • TAJUK 4 : PERANCANGAN, PEMILIHAN, PENGHASILAN & PENILAIAN MEDIA PENGAJARAN (MODEL ASSURE)
    • TAJUK 5 : ASAS GRAFIK
    • TAJUK 6 : PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI
    • TAJUK 7 : ASAS FOTOGRAFI
    • TAJUK 8 : OHP DAN TRANSPARENSI
    • TAJUK 9 : BAHAN AUDIO
    • TAJUK 10 : PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN
    • TAJUK 11 : PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI DALAM P&P
    • TAJUK 12 : ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN
  • REFLEKSI
    • TAJUK 1
    • TAJUK 2
    • TAJUK 3
    • TAJUK 4
    • TAJUK 5
    • TAJUK 6
    • TAJUK 7
    • TAJUK 8
    • TAJUK 9
    • TAJUK 10
    • TAJUK 11
    • TAJUK 12
  • ISL
    • PROFORMA
    • SOALAN ISL
    • TAJUK 1 : KONSEP TEKNOLOGI PENDIDIKAN
    • TAJUK 2 : REKA BENTUK PENGAJARAN
    • TAJUK 3 : MEDIA PENGAJARAN
    • TAJUK 4 : PERANCANGAN,PEMILIHAN, PENGHASILAN & PENILAIAN MEDIA PENGAJARAN
    • TAJUK 5 : ASAS GRAFIK
    • TAJUK 6 : PENGGUNAAN BAHAN0BAHAN 2 DIMENSI & 3 DIMENSI
    • TAJUK 7 : ASAS FOTOGRAFI
    • TAJUK 8 : OHP & TRANSPARENSI
    • TAJUK 9 : BAHAN AUDIO
    • TAJUK 10 : PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN
    • TAJUK 11 : PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI DALAM P&P
    • TAJUK 12 : ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN
  • KERJA KURSUS
Kuliah Ketiga 
          Alhamdulillah, kuliah ketiga ini saya telah mempelajari topik ketiga iaitu Media Pengajaran. Tajuk ini mengandungi konsep media dan media pengajaran yang merupakan salah satu domain dalam teknologi pengajaran. Selepas mempelajari tajuk ini, Alhamdulillah, saya dapat mengetahui kelebihan serta fungsi untuk menentukan pemilihan, pembinaan dan penggunaan media pengajaran sebagai saluran komunikasi. 

         Antara hasil pembelajaran yang saya peroleh dalam topik ini ialah konsep media dan media pengajaran. Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman, audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Berdasarkan kefahaman saya, media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. 


          Kuliah ketiga ini juga saya diterangkan mengenai pengkelasan media pengajaran. Media Pengajaran dikelaskan kepada 8 jenis berdasarkan kepada ciri-ciri fizikal media tersebut. Pertama, media tayang kaku, contohnya transparensi, slaid dan mikrofilem. Alhamdulillah, kali ini, saya sempat melihat mikrofilem itu sendiri. Saya berasa sangat teruja kerana ini kali pertama saya tahu apa itu mikrofilem. Pengkelasan kedua, media tayang bergerak contohnya pita video, cakera padat digital dan filem. Ketiga, bahan grafik contohnya lukisan, poster, kartun, carta dan graf. Keempat, gambar kaku gambar sebagai contoh foto, kad imbasan dan poskad. Seterusnya, yang kelima ialah bahan pameran Tiga-Dimensi contohnya model, boneka, diorama dan pupet. Keenam, papan paparan, contohnya papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin. Ketujuh, media audio, contohnya pita kaset , cakera padat dan komputer dan yang terakhir ialah media cetak sebagai contoh modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah. 


          Berdasarkan kefahaman saya bagi topik ketiga ini, saya dapat simpulkan bahawa sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi atau media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi atau media yang abstrak. 
Powered by Create your own unique website with customizable templates.