TOPIK 10 : PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN
PENGENALAN
Video adalah merupakan salah satu daripada media bergerak.Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan. Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan masa. Pergerakan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan. Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah. Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh murid-murid.

JENIS-JENIS KAMERA VIDEO

1) Kamera video analog
Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk analog.
Kamera ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam pelbagai
format seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz kaset ini berbeza-beza dan
hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai dengannya sahaja.
2) Kamera video digital
Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital.
Kamera ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam format DVC (Digital Video Cassette).
Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan menggunakan kabel firewire.
TEKNIK PENGAMBARAN
Jenis-jenis shoot :
Jenis-jenis pergerakan kamera :
PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN
1) Tetapkan tujuan dan matlamat
- Pastikan anda tahu matlamat rancangan anda menghasilkan bahan video. Siapkan kumpulan sasarannya dan bagaimana bahan itu
akan digunakan dalam pengajaran
2) Buat penyelidikan dan sediakan bahan
- Kumpulkan bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat, gambar dan sebagainya yang anda fikirkan berguna untuk penggambaran
3) Pilih bahan-bahan yang sesuai
- Bahan yang anda kumpul mungkin terlalu banyak. Pilih bahan-bahan yang difikirkan benar-benar perlu
4) Menulis skrip
- Di sinilah anda mencurahkan idea anda secara berurutan dan berstruktur
5) Bersedia untuk membuat penggambaran
- Sediakan jadual penggambaran. Sekiranya anda bekerja dalam pasukan, tetapkan tugas masing-masing.
6) Sediakan bahan-bahan grafik
- Anda perlu menyediakan bahan grafik sebelum penggambaran dimulakan. Kalau tidak ia akan mengganggu kelancaran.
7) Sediakan bahan-bahan dan peralatan
- Pastikan bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi
8) Mulakan penggambaran
- Anda mungkin akan membuat penggambaran luar dan dalam. Fikirkan kemungkinan yang akan berlaku dan bersedia dengannya.
9) Menyunting
- Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.
10) Membuat rakaman audio
- Langkah ini adalah untuk memasukkan narasyen, kesan bunyi dan muzik latar.
11) Prebiu
- Rancangan perlu dipratonton oleh satu kumpulan kecil dan kemudian perbaiki kesilapan sekiranya ada.
12) Gunakan dalam pengajaran
- Di sinilah anda menggunakan program video yang telah dihasilkan.
13) Penilaian
- Di sini anda perlu menilai bahan video itu dari segi kesesuaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran.